My Blog List

Friday, August 27, 2010

Pinjaman oh pinjaman

Pergi taklimat sudah..... hantar proposal sudah........ follow up sudah........ menunggu pun sudah,
kini syarikat pelanggan telah bersetuju dengan sebutharga...... cuma tinggal mengambil dan melakukan kerja....

Tapi kami masih lagi tertanya-tanya samada kami layak mendapat bantuan pinjaman modal perniagaan atau tidak? ini adalah kerana kami berniaga di kawasan kampung.... pendapatan tidaklah memuaskan untuk mendapat jumlah seperti ratusan ribu sebulan tapi kalau dihitung kepada jumlah setahun tentunya kami mencapai jumlah tersebut.

Kami boleh digelar usahawan cuma secara kecil-kecilan tapi jika diberi bimbingan, tunjuk ajar dalam mengendalikan perniagaan dan juga perakaunan tidak mustahil untuk kami mendakap kejayaan.

Berilah kami peluang dan sokongan agar kami berjaya dan membuktikan bahawa bumiputra melayu juga boleh menikmati kejayaan dalam dunia perniagaan.

Thursday, August 26, 2010

Bulan puasa....

alhamdulillah....
bulan puasa dah dtg...
along puase kat skola.....
mak ayah ngan adik2 kat umah....
best nyer lar...




~haziah/along~

Monday, August 2, 2010

PERMULAAN PNW

Pada tahun 2000 suami saya yang lebih dikenali penduduk kampung dan pelanggan-pelanggan sebagai Pak Ngah pernah bekerja di Batu 4, Jalan Maran. Dan saya pula bekerja di Temerloh di sebuah firma guaman yang dikenali sebagai Amir, Maslina & Co.

Pada September 2005 saya dan suami telah membuat keputusan yang penting yang mana kami telah bersetuju untuk membina satu perniagaan berasaskan perkhidmatan membaikpulih kenderaan dan juga menjual alat ganti kenderaan. Saya pula telah mengambil peperiksaan di Kuantan dan telah lulus untuk menjadi ejen insuran general. Dengan itu bermulalah perniagaan kami, suami ku menjadi mekanik dan saya pula menjadi kerani dan wakil insuran (memperbaharui insuran dan roadtax kereta)

Bermodalkan sedikit tunai dan juga pengalaman suami yang sudah 20 tahun terlibat dengan kerja-kerja pembaikan kenderaan di sekitar KL seperti di Taman Cempaka, Kampung Pandan dan juga sekitar Ampang kami telah menyewa satu tapak perniagaan di Persimpangan Chenor iaitu di jalan Utama Temerloh - Maran. Atas bantuan kakak yang sanggup meminjamkan wang kami telah membuat ubahsuai bangunan di tapak sewaan untuk dijadikan tempat tinggal dan juga tempat untuk bekerja.

Alhamdulillah sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan dan kami juga berani untuk membuat pinjaman dari agensi kerajaan. Kami juga dapat bantuan dari syarikat pembekal alat ganti dari Kuantan iaitu Rusdin Berkat Enterprise dan juga syarikat-syarikat dari temerloh.

Kami kini juga telah menerima kepercayaan dari pihak syarikat seperti Risda, Felcra, Felcra Agro, Stesen komoniti, Kolej Risda, Syarikat Perseorangan dan juga Sekolah.

Disebalik kegembiraan itu terdapat kegembiraan yang paling berharga yang mana ayah dan Mak teramat banyak membantu dan menyokong kami. Apa bila kami keluar menguruskan urusan luar ayah akan datang mengambil alih membantu menguruskan bengkel dan mak pula membantu menguruskan hal ehwal rumah serta anak-anak kami. Syukur alhamdulillah Allah telah memberi kami ibubapa yang mengambil berat tentang kami. Semoga Allah sentiasa membahagiakan ibubapa kami dan kami sekeluarga .

Saturday, February 13, 2010

KEPENTINGAN INSURANS.....???

Insuran kini telah dipelbagaikan dalam erti pengunaan dan juga perolehannya.....

Insuran kini boleh dijadikan sebagai satu simpanan, pelaburan dan juga perlindungan. Jika kita menyimpan di dalam bank dengan mudahnya kita akan mengeluarkannya tanpa berfikir panjang... tapi dengan insuran dia mempunyai peringkat-peringkat untuk proses pengeluaran... jadi secara tak langsung ia benar-benar menjadi simpanan dan dapat dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

Dari sudut pelaburan pula, insuran kini mempunyai pulangan dividen bagi setiap caruman dan juga ada yang boleh menikmati dividen setiap 3 tahun caruman.... bukan kah itu satu pelaburan...... kita juga beroleh bantuan dari sudut kewangan melalui caruman insuran....

Nie yang tidak kita perolehi dari simpanan di bank iaitu perlindungan. Ini penting kerana musibah tidak dapat kita atur dan rancang ianya datang tanpa diduga. oleh itu jika kita membuat caruman di dalam insuran maka kita telah membuat satu persediaan yang berpatutan bak kata perpatah sedia kan payung sebelum hujan.

Satu perkara yang tidak kita sedari adalah kita juga telah melakukan amal jariah seperti dianjurkan dalam islam iaitu tangan kanan memberi dan tangan kiri tidak mengetahui. inilah yang ada dalam caruman insuran. Maka janganlah bertangguh untuk membuat caruman insuran , marilah kita menyimpan, melabur, menyediakan perlindungan serta BERAMAL JARIAH........


Sila hubungi saya jika berminat tentang insuran.............................